Senarai Resort di Tok Bali, Kelantan

Kali ini saya nak berikan perkongsian pengalaman bercuti di salah sebuah resort di Tok Bali, Kelantan. Ramai yang tak tahu, Tok Bali merupakan satu destinasi perlancongan yang menarik tetapi tidak ramai pengunjung tahu berkenaan dengan resort ini. Apapun, kami nak berkongsi pengalaman dan aktiviti menarik yang boleh di buat di sini. Berikut adalah senarai pilihan chalet di Tok Bali Kelantan, tidak dinafikan, tempat ini adalah destinasi perlancongan yang menarik untuk dilawati.

Penginapan resort dan hotel murah.

Ada lebih kurang 4 tempat penginapan menarik di Tok Bali untuk di pilih, anda boleh lihat senarai 4 Resort Di SINI. Daripada 4 resort yang ada di Trivago itu, kami menetap di Arwana Inn, KLIK SINI untuk harga terkini. Tidak lain kerana harganya yang murah, dan rata-rata review yang bagus daripada reviewer Trivago. Bagi saya, Arwana Inn memang sesuai untuk percutian bajet dan berbaloi.

arwana inn tok bali

Kalau anda ada bajet lebih sikit saya cadangkan anda tempah sahaja Tok Aman Bali Beach Resort. Harga agak mahal sikit, di atas RM200 tetapi kemudahan yang ada memang tak boleh nak lawan Arwana Inn ni. Tapi tak apalah, disebabkan bajet kami kecil, kami menetap di Arwana Inn je, lain kali ke Tok Aman pula nampaknya. Di Tok Aman Bali ada swimming pool, tempat permainan kanak-kanak dan sebagainya, kalau nak bercuti ke sini dan ada bajet tinggi sikit, saya memang cadangkan Tok Bali la. Anak-anak mesti suka bila ada kat sana nanti.

tok aman bali

**Suka kami ingatkan yang kalau boleh tempahlah hotel melalui laman seperti Trivago, pernah terjadi tempahan secara terus dengan hotel tidak direkodkan. Habis…. Anda mesti boleh agak betapa menyusahkan kalau jadi macam tu ye.

Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Lakukan

Aktiviti memburu masakan tempatan adalah salah satu aktivit yang menarik di tempat ini. Bagi orang luar Kelantan, masakan kelantan adalah antara masakan yang unik tak tidak terdapat di negeri lain. Boleh cuba nasi kerabu dengan budu, pun antara menu yang terbaik di sini, memang best.

Berjalan-jalan tengok pantai pun antara aktiviti yang menarik yang boleh dilakukan di Tok Bali. Jika anda datang pada musim tengkujuh, boleh la tengok-tengok je pantai tu, sebab ombak kuat, kalau tidak datang pada musim tengkujuh, boleh la celup-celup kaki kat pantai tu. Not bad, yang paling penting pemandangan dan suasana pantai untuk weekend retreat dari kesibukan kerja, tempat ini memanglah satu destinasi yang sesuai untuk pergi.

Kalau ada layang-layang, boleh la main layang-layang di sini, pun best. Masa saya pergi ke Tok Bali tak ada pulak layang-layang kat sana. Sebab susah nak cari layang-layang sekarang ini, saya cadang anda beli je Online kat Lazada ni ha, boleh beli di SINI.

Pun boleh beli alatan memancing di Lazada tu. Ramai kaki pancing datang ke tempat ini untuk memancing.

Tempat Rehat

Ada yang jadikan Tok Bali ini sebagai tempat rehat, kerana lokasinya berada di Pasir Puteh kira-kira 50 KM dari bandar Kota Bharu. Ianya dalam perjalan dari Kota Bharu nak ke Besut, bolehla kalau nak berehat di sini lepas shopping sakan kat Wakaf Che Yeh tu ye. Tak tahu wakaf Che Yeh tu apa? Boleh baca review kami di Wakaf Che Yeh SINI.

Cukuplah setakat ini, harap review kami untuk resort menarik di sini berikan anda idea menarik untuk percutian di Kelantan. Jika ada apa-apa persoalan, boleh lontarkan di ruangan komen di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *