Hotel berdekatan Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu

Kali ini saya nak berikan review berkenaan dengan hotel yang berdekatan dengan Pasar Siti Khadijah yang terletak di Kota Bharu Kelantan. Hotel yang saya ingin review ini juga merupakan salah satu hotel murah atau hotel bajet di Kota Bharu. Lokasi hotel ini agak strategik terutama kepada yang suka shopping kerana terletak berhampiran dengan Pasar Siti Khadijah.

pasar khadijah Kelantan

Apa itu Pasar Siti Khadijah

Pasar Siti Khadijah merupakan pasar yang popular di Kelantan juga popular untuk orang di Luar Kelantan. Pasar ini terletak di Kota Bharu dan menjual pelbagai jenis makanan, minuman, baju, mainan, kasut dan lain-lain lagi. Ianya tidak lain merupakan syurga membeli belah kerana harga di Pasar Siti Khadijah ini murah berbanding di tempat lain. Waktu operasi adalah dari awal pagi sehingga ke 7.00 malam. Pasar ini beroperasi pada waktu siang sahaja.

Betul ke harga di Pasar Siti Khadijah ni murah?

Bagi orang luar daripada Kelantan dan Terengganu, tidaklah murah mana kerana rata-rata peniaga di sini menjual mahal sikit kepada “orang luar”. Cara peniaga di sini membezakan antara orang tempatan dan “orang luar” adalah dengan loghat bahasa. Jika anda boleh berbahasa Pantai Timur, pasar siti Khadijah memang murah, jika anda tidak dapat berbahasa pantai timur, peniaga akan kenakan harga lebih mahal.
Nak murah bila berniaga di sini, kahwin la dengan orang Pantai Timur ye. :p

Hotel berdekatan dengan Pasar Siti Khadijah

Jika anda ingin melancong ke sini dan bermalam di sini, saya galakkan untuk anda menginap di Hotel The Room @ Zishi yang hanya berjalan kaki ke Pasar Siti Khadijah. Hotel The Room @ Zishi merupakan hotel murah di Kota Bharu Kelantan dan boleh dikatakan juga sebuah hotel bajet yang mempunyai rating yang bagus. Nak book Hotel The Room @ Zishi boleh KLIK SINI. Kemudian search je hotel ini di Trivago.

**Tips perjalanan dari kami, sentiasa book hotel anda dengan laman booking seperti Trivago dan lain-lain kerana seringkali terjadi, booking secara terus dengan hotel menyebabkan booking anda tidak direkodkan. Atau mungkin kesilapan bilik semasa menempah. Sudah terjadi kepada saya dan harap tidak akan terjadi kepada anda.

Untuk lihat hotel lain di Kota Bharu Kelantan boleh ke Trivago.com SINI, tetapi Hotel The Room @ Zishi ini sudah memadai dan kami rasakan terbaik dengan harga.

Siang sudah shopping, malam nak buat apa?

Siang anda boleh shopping di Pasar Siti Khadijah, malam anda boleh ke Wakaf Che Yeh. Wakaf Che Yeah juga terletak di Kota Bharu Kelantan dan tidak jauh daripada Pasar Siti Khadijah. Berbeza dengan Pasar Siti Khadijah, Wakaf Che Yeh adalah pasar yang beroperasi pada waktu malam sehingga ke pagi. Kami rekemen hotel Dynasty INN (Klik Untuk Book) yang berada berdekatan dengan Wakaf Che Yeh.

Kalau anda sukakan shopping, inilah tempatnya. Kota Bharu. Tetapi saya ingatkan sekali lagi, kalau boleh dapatkan khidmat kawan yang boleh berbahasa Pantai Timur ketika shopping di sini kerana kalau tidak, anda tidak nampak harga di Pasar Siti Khadijah atau Wakaf Che Yeh ini murah berbanding dengan tempat lain.

p/s : harga pelancung mana la nak sama dengan harga orang tempatan.

Banyak lagi tempat menarik di Kelantan, jom rancang percutian anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *