7 Tempat Menarik di Sungai Petani Untuk Anda Pergi

Ramai yang datang ke Sungai Petani untuk mencari tempat menarik di Sungai Petani untuk dilawati. Sememangnya, ada beberapa tempat menarik yang ada di Sungai Petani untuk anda lawati dan pergi dan ianya memang menjanjikan pengalaman yang menarik untuk destinasi percutian anda. Sungai Petani mempunyai keunikannya yang tersendiri dan tidak hairanlah ianya menjadi satu destinasi yang unik bagi yang ingin berkunjung ke Kedah.

Sungai Petani adalah bandar ke dua terbesar di Kedah selepas Alor Setar. Banyak pembangunan dan beberapa keunikan yang menarik yang menjanjikan 1001 pengalaman berharga buat anda. Kalau anda nak ke Sungai Petani, nasihat saya adalah, rancang perjalanan anda dahulu.

Penginapan di Sungai Petani, Hotel dan Homestay di Sungai Petani

Kalau berkunjung ke Sungai Petani, apa yang perlu untuk anda ambil berat adalah penginapan anda ketika di sana nanti. Ada banyak hotel murah di Sungai Petani, tidak kurang juga Homestay murah di Sungai Petani. Jadi, yang mana berbaloi untuk anda pergi sama ada hotel ataupun homestay di Sungai Petani ini?

Pada saya, saya lebih gemar menggunakan khidmat hotel kerana lebih mudah dan tempahan boleh dilakukan secara online sahaja. Lagipun dengan adanya laman seperti Trivago yang filter hotel murah dengan deal terbaik di kawasan yang ingin kita pergi memang memudahkan perjalanan. Saya memang rekemen anda gunakan khidmat Trivago INI dan kemudian search kawasan yang anda ingin pergi. Deal hotel yang di senaraikan di sana memang berbaloi dan terbaik.

Tempat Menarik di Sungai Petani

Ada banyak tempat yang unik dan menarik di Sungai Petani. Tidak lupa juga tempat makan menarik di Sungai Petani yang anda boleh pergi untuk percutian anda. Kali ini saya nak senaraikan 7 tempat menarik yang anda boleh pergi ketika berkunjung ke Sungai Petani.

#1 Pantai Merdeka

Tempat menarik yang pertama di Sungai Petani adalah Pantai Merdeka. Akses ke sini tidak susah tertutama kalau anda gunakan Waze. Apa yang menarik di sini adalah suasana pantai. Kemudahan yang disediakan juga tidak kurang menarik seperti medan selera, gerai jualan, dan banyak lagi. Pelancong juga boleh bermandi manda di sini ataupun kalau nak buat aktiviti lebih menarik lagi, bolehlah bermain layang-layang di pantai ini. Boleh beli siap-siap Layang-Layang di SINI.

#2 Sungai Merbok

Tempat Menarik ke dua yang memang berbaloi untuk anda pergi adalah sungai Merbok. Untuk pengetahuan, sungai ini adalah sungai yang mengalir ke Selat Melaka dan mempunyai sungai paya bakau yang tersendiri. Juga kemudahan perlancongan yang ada di sini memang menarik perhatian. Ada juga restoren untuk anda berehat dan menjamu selera.

#3 Taman Tema Air The Carnival

Ianya adalah taman tema air di Sungai Petani. Kalau anda ke sini memang menarik terutama kalau datang dengan anak-anak. Memang satu aktiviti yang bagus yang anda boleh lakukan ketika di Sungai Petani.

#4 Tanjung Dawai

Antara tempat menarik lain di Sungai Petani adalah Tanjung Dawai. Apa yang menarik di sini adalah hasil laut yang ada di sini memang pelbagai. Ianya adalah perkampungan nelayan yang unik. Kalau nak cari ikan segar pun anda boleh dapatkan di sini. Bukan setakat ikan segar, ikan kering, ikan masin dan lain-lain pun anda boleh dapatkan di sini. Kalau anda ke Sungai Petani dan ingin mencari barangan atau makanan berasaskan laut, memang digalakkan untuk anda ke sini.

Di sini juga terdapat jeti Tanjung Dawai yang sentiasa dikunjungi pengunjung. Anda boleh ke sini dan pergi ke Pantai Merdeka dengan kadar bayaran hanya RM2 untuk tiket pergi dan balik. Selain makanan laut, boleh juga berjalan-jalan di pantai ini. Memang menarik.

#5 Lembah Bujang

Ianya adalah satu tempat bersejarah yang telah mencatatkan sejarah awal negeri Kedah. Ianya terletak di Sungai Petani dan merupakan antara daya tarikan di sini. Saya tahu, tidak ramai yang nak ke tempat bersejarah ketika melancong, apapun, info berkenaan dengan Lembah Bujang ini ada di SINI. Kalau nak pergi pun, apa salahnya.

#6 Taman Jubli Perak

Antara salah satu tempat yang menarik di Sungai Petani adalah Taman Jubli Perak. Ia dibina untuk memperingati Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Ada banyak kemudahan untuk riadah, seperti trek joging dan lain-lain lagi.

#7 Menara Jam Besar

Menara jam besar ini adalah antara keunikan di Sungai Petani. Ianya terletak di pusat bandar. Ianya telah dibina sejak 1936 untuk memperingati George V dan Queen Mary. Ianya unik sama seperti Menara Condong di Teluk Intan.

Jom ke Sungai Petani

Begitulah antara beberapa tempat menarik yang anda boleh pergi ke Sungai Petani di Kedah. Memang unik dan mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Apapun rancang perjalanan anda kalau anda nak ke sini. Banyak lagi tempat best di Sungai Petani, tetapi cukuplah saya senaraikan 7 tempat ini dahulu untuk anda pergi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *