8 Tempat Menarik di Langkawi dan Harga

Ramai yang mencari tempat menarik di Langkawi dan tidak hairanlah kalau Langkawi ini merupakan satu tempat yang memang menjadi tarikan pelancong di Malaysia. Rata-rata pelancong datang dari dalam dan luar negara untuk menikmati suasana di sini. Lagi satu memang Langkawi ini dah terkenal di serata dunia dan memang sinonim dengan Malaysia. Kepada anda yang sedang mencari info tempat menarik di Langkawi ini, saya sarankan untuk anda buat persiapan terbaik untuk datang ke sini.

Tidak mudah untuk datang ke sini, dan saya harap anda dapat jadikan perjalan anda sesuatu yang bermakna. Persiapan itu penting, sama ada persiapan fizikal dan mental.

Penginapan di Langkawi – Hotel murah atau homestay murah di Langkawi

Pertama sekali yang anda perlu buat apabila terfikir hendak ke Langkawi adalah fikirkan tentang tempat penginapan. Ada banyak dan terlalu banyak tempat penginapan daripada hotel bajet di Langkawi sampailah kepada homestay di Langkawi. Jadi, nak pilih yang mana kalau anda sedang atau memikirkan untuk ke Langkawi ini. Kalau saya, saya lebih memilih hotel kerana anda boleh membuat tempahan secara online sahaja. Kalau anda gunakan laman Trivago, dia akan filter siap-siap hotel mana yang memberikan nilai terbaik berdasarkan kepada tempat yang anda ingin pergi.

Boleh lihat senarai hotel di Langkawi di SINI. Trivago adalah laman deal terbaik berdasarkan kepada harga, jadi kalau anda nak ke Langkawi, memang saya sarankan untuk anda gunakan khidmat Trivago untuk sebarang aktiviti tempahan hotel dan lain-lain lagi. Lakukan tempahan hotel siap-siap sebelum pergi ke Langkawi.

Terbaru, boleh lihat review percutian kami ke De Baron Resort Hotel di Langkawi di SINI.

Perjalanan ke Langkawi – Naik Feri Atau Kapal Terbang

Kalau nak ke Langkawi ini, setakat ini cuma ada dua jalan sahaja iaitu menaiki dan menaiki kapal terbang. Kalau nak menaiki feri, setakat ini ada 3 jeti yang membolehkan anda untuk ke Langkawi. Ianya adalah Jeti Kuala Perlis, Jeti Kuala Kedah dan jeti Pulau Pinang. Biasanya saya akan naik dari Jeti Kuala Kedah menaiki bas sahaja.

Untuk memudahkan anda, boleh gunakan khidmat tiket bas atau Ferry online ini kalau anda nak ke Langkawi. Ataupun gunakan khidmat kapal terbang pun tiada masalah. Anda boleh menempah tiket bus atau feri ke Langkawi secara online sahaja.

Dah Tiba Di Langkawi, apa yang perlu anda buat?

Kalau dah tiba di Langkawi, memang digalakkan untuk anda pergi ke tempat-tempat menarik di Langkawi dan harganya pun tidaklah terlalu mahal. Jadi, apakah tempat-tempat menarik yang ada di Langkawi?

#1 Dataran Lang

Antara tempat yang anda wajib pergi kalau ke Langkawi. Ianya memang terkenal sama ada di Langkawi ataupun di Kedah dan di serata Malaysia. Anda boleh nampak replika burung Helang setinggi 12 meter ini yang memang menjadi mercu tanda di Langkawi. Air pancut di sini juga menjadi daya tarikan dan sememangnya memukau.

#2 Sky Bridge

Ini adalah antara daya tarikan terbaru di Langkawi. Ianya adalah jambatan sepanjang 410 kaki yang pastinya memerlukan keberanian dan stamina untuk menyeberangi. Di sini anda dapat saksikan sendiri keindahan hutan hujan di Langkawi.

#3 Kereta Kabel

Kereta kabel adalah antara tarikan di Langkawi yang memang popular sejak dulu lagi. Kalau anda ke Langkawi, kereta kabel adalah destinasi wajib untuk anda pergi. Ianya akan membawa anda ke Gunung Mat Cincang setinggi 715m dan anda pastinya dapat menikmati keindahan Langkawi yang memukau di sana.

#4 Makan Mahsuri

Ianya adalah cerita lagenda yang popular di Malaysia. Sama ada betul atau tidak, tiada siapa yang tahu. Mungkin betul atau tidak. Tetapi kalau anda nak lihat tinggalan sejarah Mahsuri, anda dapat lihat di makam Mahsuri ini. Katanya, ianya adalah tempat di mana makam Mahsuri di kuburkan. Kalau anda berminat nak tahu siapa Mahsuri ini, boleh tengok dokumentari di bawah.

#5 Underwater World Langkawi

Apa yang menarik di sini adalah ianya merupakan destinasi untuk melihat hidupan laut. Di sini juga letaknya akuarium terbesar di Malaysia. Kalau nak bawa anak lihat hidupan akuatik, seperti penguin, jerung, ikan pari, memang di sinilah tempatnya. Memang satu destinasi yang wajib jika anda ke sini. Ianya memang menjanjikan pengalaman yang menarik untuk anda pergi.

#6 Taman Burung Langkawi

Antara tempat manarik di Langkawi yang anda boleh anda pergi. Ianya menempatkan beberapa burung daripada 150 spesis yang berlainan. Di sini juga dilengkapi dengan diniding setinggi 15 meter dan pada saya merupakan satu tempat yang unik yang anda boleh pergi. Bagi peminat hidupan liar, boleh pergi ke taman ini yang menempatkan pelbagai jenis burung yang menarik.

#7 Taman Buaya di Langkawi

Di sini anda boleh menyaksikan buaya dan habitat mereka yang merupakan antara taman buaya yang terbesar di Malaysia. Lebih menarik, ada lebih 1000 ekor buaya yang dipamerkan. Boleh pergi ke sini dan nikmati sendiri kecantikan dan keindahan Langkawi.

#8 Keindahan Langkawi adalah kecantikan tersendiri

Ada banyak lagi tempat menarik di Langkawi, tetapi pulau Langkawi sendiri adalah antara yang tercantik. Jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati keindahan dan kecantikan pulau ini.

Sediakan Persiapan Anda Selengkapnya di Langkawi

Pastikan anda menyediakan persiapan selengkapnya di Langkawi. Sekali lagi, boleh ke Trivago untuk lihat deal hotel menarik kerana Trivago memang dah filter siap-siap hotel terbaik yang ada di sini. Boleh ke SINI untuk lihat deal hotel terbaik di Trivago untuk ke Langkawi.

Dari segi barang keperluan, seperti luggage, beg travel, power bank, alatan mandi dan lain-lain, kalau masih tak lengkap, saya sarankan untuk anda pergi ke Lazada INI.

Inilah antara persiapan yang penting, saya juga sarankan untuk anda sewa kereta atau sewa motor sahaja di sini. Nak tahu macam mana nak dapatkan motor atau kereta sewa? Boleh tanya dengan pengusaha hotel tempat anda menginap nanti. Memang terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *