5 Tempat Menarik di Alor Setar Wajib Pergi

Banyak tempat menarik di Alor Setar untuk anda pergi dan yang lebih menarik adalah ianya merupakan satu destinasi yang bagus kerana keunikan yang di ada di bandar ini. Alor Setar merupakan ibu negeri Kedah yang memang mempunyai sejarahnya yang tersendiri, juga tempat untuk melancong. Apapun, kami di Asukavi sentiasa mencuba yang terbaik untuk memberikan info tentang perlancongan kepada anda di Kedah ataupun di mana-mana di Malaysia.

Sebelum memulakan perjalanan, rancang penginapan anda dahulu

Sebelum memulakan perjalanan, adalah lebih baik untuk anda merancang perjalana anda dengan betul supaya tiada masalah yang akan melanda anda di kemudian hari. Antara perkara terpenting yang anda perlu lakukan adalah untuk merancang penginapan anda. Sama ada untuk mencari hotel murah di Alor Setar, ataupun homestay murah di Alor Setar. Untuk memudahkan anda, saya sarankan untuk anda gunakan khidmat laman TRIVAGO INI dalam mencari penginapan termurah dan terbaik.

Yang menarik berkenaan dengan Trivago adalah, ianya akan filter siap-siap tempat yang anda ingin pergi berkenaan dengan hotel-hotel terbaik yang ada di sana. Memang berbaloi untuk anda gunakan khidmat Trivago dalam carian hotel anda.

Tempat Menarik di Alor Setar

Kalau nak kata berkenaan dengan Alor Setar, antara keunikan yang ada pastinya menara Alor Setar yang memang menjadi daya tarikan. Menara ini memang mempunyai keunikan yang tersendiri dan tidak salah ianya merupakan daya tarikan utama di negeri Kedah. Ianya merupakan menara kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara KL Tower. Apa yang menarik, pelancong boleh ke sini dan melihat sendiri pemandangan Alor Setar yang pastinya menarik.

Apa yang menarik di menara Alor Setar ini adalah, di bahagian atas ada restoren yang memang dibina khas untuk pelancong menjamu selera sambil menikmati keindahan pemandangan di Alor Setar. Kalau anda ke Kedah atau Alor Setar, memang inilah tempat yang wajib untuk anda pergi.

Masjid Zahir Alor Setar

Ianya adalah salah satu tempat yang menarik selain daripada anda boleh ke sini untuk bersolat bagi yang muslim. Masjid ini adalah masjid negeri dan terletak di Lebuh Raya Darul Aman. Memang satu destinasi yang menenangkan untuk anda teroka dan pergi. Apa yang menarik di sini adalah rekaan dan hiasan dalaman yang bercirikan Islam yang unik. Ianya mempunyai keunikan yang tersendiri dan tidak hairanlah ianya menjadi tarikan pelancong. Kami di Asukavi memang rekemen tempat ini untuk anda pergi. Kalau singgah ke Alor Setar, jangan lupa untuk singgah di masjid ini.

Gua Gunung Keriang

Satu lagi tempat yang kami rekemen untuk anda pergi yang pada kami merupakan salah satu tempat menarik di Alor Setar untuk dilawati adalah Gua Gunung Keriang. Apa yang menarik di Gua Ini? Tarikan utama di sini adalah gua-gua yang terdapat di sini. Ianya memang unik terutama yang tidak pernah meneroka gua.

Gua ini merupakan gua batu kapur yang memang dikunjungi pelawat dalam dan luar negara. Ada banyak lagi gua yang ada di sini seperti Gua Terus, Gua Pelamin dan lain-lain lagi. Kemudahan untuk para pengunjung juga disediakan. Pihak berkuasa telah membina lif setinggi 7 bagunan untuk memudahkan pengunjung melawat ke sini. Bagi saya ianya adalah satu destinasi yang menarik untuk anda pergi

Bagi peminat aktiviti lasak, boleh juga jadikan kawasan Gunung Keriang ini sebagai tempat mendaki yang menarik. Pemandangan dipuncak memang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Muzium Padi Alor Setar

Negeri Kedah memang terkenal dengan padi dan mendapat jolokan negeri jelapang padi. Jadi, memang ada muzium padi yang diwujudkan khas untuk itu. Ianya berkaitan dengan peralatan yang digunakan untuk memproses padi. Di sini, pengunjung boleh mendapat maklumat berkenaan dengan padi daripada proses penanaman sehinggalah menjadi beras.

Muzium ini terletak tidak jauh daripada Gunung Keriang, kalau anda ke Gunung Keriang tu, cubalah cari masa untuk ke muzium ini juga.

Pekan Rabu Ukir Mall

Pekan Rabu merupakan satu destinasi popular di Alor Setar tetapi sekarang sedang berlaku penambahbaikan dan ianya telah berpindah ke destinasi baru yang dinamakan Ukir Mall. Apa yang menarik di Pekan Rabu ini, banyak benda yang anda boleh dapat dengan diskaun yang murah antaranya baju jersi dan lain-lain lagi. Lebih menarik, banyak makanan tempatan pun anda boleh dapatkan di sini seperti kuih tradisional dan lain-lain lagi. Jangan lepaskan peluang untuk anda ke sini.

Inilah antara 5 tempat menarik di Alor Setar untuk dilawati. Ada juga beberapa tempat makan menarik di Alor setar yang anda boleh pergi. Saya akan rekemen beberapa tempat makan terbaik di Alor Setar ini. Apapun, nasihat terakhir saya, cuba untuk rancang perjalanan anda sebaik mungkin. Boleh tempah hotel ataupun tengok checklist senarai barang yang anda boleh dapati di SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *