7 Tempat Menarik di Kedah Untuk Di Lawati

Kalau anda mencari tempat menarik di Kedah untuk dilawati untuk tujuan melancong, anda memang telah datang ke tempat yang betul. Di sini memang mempunyai banyak destinasi yang menarik untuk anda melancong dan jadikan tempat bersantai bersama keluarga. Jadi, pada kali ini, saya nak berikan sedikit review berkenaan dengan beberapa destinasi menarik di Kedah untuk anda lawati.

tempat menarik di kedah

Penginapan – hotel atau homestay?

Kalau anda merancang untuk ke sini, perkara pertama yang anda harus fikirkan selain daripada tarikan unik yang anda ingin pergi adalah penginapan. Penting untuk anda rancang perjalanan anda agar semua berjalan dengan baik. Kan tidak bagus kalau anda berjalan tetapi masih tiada lagi penginapan. Kalau anda mencari penginapan, saya cadangkan untuk anda cari di Trivago INI.

Apa yang menarik dengan laman trivago ini adalah, laman ini dah filter siap-siap hotel terbaik yang ada di tempat yang anda ingin tuju. Boleh cari daerah yang anda ingin pergi dan Trivago akan filter siap-siap dela hotel terbaik berdasarkan kepada tempat yang anda ingin pergi. Memudahkan dan memang menarik.

Destinasi Unik di Kedah Untuk Dilawati

Menara Alor Setar

Mahu atau tidak, Menara Alor Star merupakan satu destinasi popular yang ada di sini. Untuk pengetahuan anda, menara ini merupakan menara yang kedua tertinggi di Malaysia dan semestinya menjadi daya tarikan bagi mereka yang ada di sini.Pelancong boleh melihat suasana dan keadaan bandar Alor Star sehinggalah ke kawasan sawah padi di sekitar bandar. Kalau nak ke menara ni, saya cadang anda beli Teropong siap-siap di SINI.

Lebih unik, di menara ini juga disediakan restoren untuk pengunjung menjamu selera. Restoren itu adalah Restoren Berputar Seri Angkasa yang terletak lebih tinggi daripada observation area. Bagi kami, tak sah kalau tak makan di restoren ini kalau anda berada di sini. Memang berbaloi dan puas hati.

Masjid Zahir Alor Setar

Masjid ini merupakan masjid negeri yang terletak di Alor Star. Oleh kerana masjid ini terletak di pusat bandar, masjid ini sentiasa menjadi daya tarikan pelancong yang berkunjung ke Alor Star. Apa yang menarik adalah rekabentuk masjid yang unik ini memang menjadi daya tarikan pelancong yang datang ke sini. Kalau anda berkunjung ke Alor Setar, jangan lupa untuk berkunjung ke masjid ini. Masjid ini merupakan antara masjid tercantik yang ada di Malaysia selain daripada Masjid Shah Alam dan Masjid Ubudiyah.

Sebenarnya banyak lagi seni bina seperti masjid lain dan binaan muzium di sini. Tetapi saya tahu yang kebanyakan daripada anda tidaklah nak ke Kedah untuk pergi ke tempat-tempat bersejarah ini. Mungkin saya akan terbitkan artikel khas bagi yang nak ke tempat-tempat bersejarah seperti ini.

Pekan Rabu

Pekan Rabu ini tergolong dalam kategori tempat membeli belah menarik. Kalau anda dah biasa dengan Pasar Siti Khatijah atau Wakaf Che Ye di Kelantan ini, mungkin tak berapa nampak Pekan Rabu sesuatu yang menakjubkan. Banyak barangan yang anda boleh dapatkan di sini, terdiri daripada barangan seperti barangan tradisional seperti makanan, dan kuih muih.

Tidak dinafikan yang ada juga barangan murah lain seperti beg dan jersi yang anda boleh beli di Pekan Rabu ini. Memang banya pilihan dan yang paling penting sekali adalah kemahiran untuk tawar menawar adalah sesuatu yang penting. Tipsnya, anda boleh membeli barang dengan harga yang jauh lebih murah jika boleh berbahasa tempatan.

tarikan di kedah

Kolam Air Panas di Baling

Pun antara tempat yang kami cadangkan juga untuk anda pergi dan lawati bersama keluarga. Tidak banyak destinasi kolam air panas yang ada di Malaysia ini. Tetapi memang kalau anda ke Baling tu, saya memang rekemen untuk anda ke sini dan alami sendiri keadaan di Kolam Air Panas.

Pulau Langkawi

Mahu atau tidak, Pulau Langkawi adalah destinasi percutian yang menarik di Malaysia. Ianya bukan sahaja terkenal di Malaysia, malahan di seluruh dunia. Jadi tidak sah kalau tidak masukkan Pulau Langkawi di sini. Apa yang menarik di Langkawi? Terlalu banyak perkara yang menarik yang anda boleh lakukan di Langkawi. Apapun saya rekemen untuk anda baca artikel khas berkenaan dengan Langkawi di SINI.

Pantai Merdeka

Tidak kurang dengan Langkawi, Pantai Merdeka juga sentiasa menjadi tarikan pengunjung terutama pada waktu cuti sekolah. Apa yang menarik di sini adalah, ianya adalah satu-satunya pantai yang mempunyai resort di dalamnya. Kalau anda memang mencari destinasi pantai untuk bercuti, memang kami rekemen Pantai Merdeka. Apapun boleh baca artikel khas kami berkenaan dengan Pantai Merdeka.

Kalau yang memang mencari tempat untuk bersantai di tepi pantai ini, saya memang rekemen Pantai Merdeka. Alang-alang kalau nak berada di sini, bolehlah book resort yang ada di sini siap-siap. Lebih berbaloi kalau berada di sini selama satu malam.

The Carnival Water and & Land Theme Park

Ianya merupakan salah satu destinasi yang menarik yang anda boleh pergi jika anda ke Kedah. Ianya merupakan satu taman tema popular yang terletak di Sayang & Country Gold Resort di Sungai Petani. Apa yang manarik di sini adalah permainan air seperti tidal wave, discovery island dan banyak lagi tarikan yang menarik khusus untuk pengunjung. Tempat ini mempunyai banyak aktiviti yang boleh di buat sama ada oleh belia ataupun remaja.

Kalau anda memang mencari tempat percutian taman tema, memang tidak salah, inilah antara tempat yang sesuai yang ada di Kedah.

Untuk destinasi lain, saya cadangkan untuk anda lihat dahulu video di bawah ini;

Rancang Percutian anda

Inilah antara beberapa tempat unik dan terbaik di untuk dilawati. Sebenarnya banyak lagi tempat lain yang menjanjikan 1001 kejutan yang ada di Kedah yang anda boleh pergi untuk tujuan melancong dan bersantai bersama keluarga. Ianya merupakan satu destinasi yang unik yang anda boleh pergi. Sekali lagi, nasihat saya, kalau anda ke sini, rancang perjalanan anda. Untuk tips yang lebih jimat, gunakan Trivago untuk mencari deal-deal hotel terbaik yang ada di kawasan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *