10 Hotel Murah dan tempat menarik di Pontian

Kali ini saya nak berikan review berkenaan dengan hotel dan tempat menarik di Pontian yang mungkin ramai orang tidak tahu. Sebenarnya, banyak tempat yang menarik di Pontian ini dan tidak kurang juga hotel-hotel yang bagus-bagus yang ada di sini.

Hotel dan Penginapan bajet di Pontian

Jika anda ingin ke tempat-tempat menarik yang saya cadangkan ini, saya cadang anda menginap di Sunflower Express Hotel ini merupakan antara hotel yang terbaik yang ada di Pontian. Terletak di bandar Pontian dan lengkap dengan pelbagai kemudahan asas yang baik seperti parking, wifi dan beberapa kemudahan asas yang lain. Boleh lihat harga terkini Hotel di SINI.

Ataupun anda boleh memilih hotel lain yang ada di Pontian di SINI. Untuk pengetahuan, saya sentiasa gunakan Trivago.com untuk tempahan hotel kerana ianya lebih selamat dan meyakinkan. Satu lagi untuk elak pihak hotel terlepas pandang jika booking secara direct kerana tidak direkodkan dan lain-lain lagi. Jadi nasihat saya ketika melancong, gunakan khidmat laman seperti trivago.com dan yang seumpamanya. Nyatakan tarikh dan destinasi, Trivago akan filter siap-siap hotel terbaik di lokasi dan tarikh yang anda cari.

Tempat yang menarik di Pontian

Kalau anda ke Pontian, jangan lepaskan peluang untuk ke Tanjung Piai di Pontian. Ia merupakan tanah yang paling selatan di benua Asia yang terletak di mukim Kukup. Sejujurnya pelancong tidaklah ramai di sini, tetapi anda boleh lihat sendiri atau bergambar di kawasan paling selatan benua Asia ini.

Tanjung Piai terkenal dengan keindahan hutan paya bakau dan restoren makanan laut. Keindahan flora dan fauna di sini masih terjaga kerana kurangnya pencemaran di sini. Apapun, jika anda ke Pontian, antara destinasi yang anda boleh pergi untuk bersantai adalah di Tanjung Piai.

Alang-alang sampai di Pontian, anda boleh juga ke Gunung Pulai. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di Gunung Pulai adalah hiking dan mandi di air terjun. Jika anda ingin hiking, anda digalakkan ke Kampung Seri Gunung Pulai dan hiking dari situ. Perjalanan mengambil masa 3 jam untuk naik dan turun. Not bad la kalau nak rasa aktiviti hiking yang santai-santai. Untuk aktiviti hiking, kalau nak rasa lebih adventure, boleh ke Gunung Lambak atau Gunung Berlumut.

Anilah antara aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di Pontian. Apapun, jangan lepaskan peluang untuk melancong ke Johor dan semestinya Pontian, Johor adalah destinasi yang baik untuk anda pergi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *