Hotel Murah dan Tempat Menarik di Kluang

Kali ini saya nak berikan review berkenaan dengan hotel dan tempat menarik di Kluang yang mungkin ramai orang tidak tahu. Sebenarnya, banyak tempat yang menarik di sini dan tidak kurang juga hotel-hotel yang bagus-bagus yang ada di sini.

Hotel dan Penginapan bajet

Jika anda ingin ke tempat-tempat menarik yang saya cadangkan ini, saya cadang anda menginap di Merdeka Hotel ini merupakan antara hotel yang terbaik yang ada di Kluang. Terletak di bandaraya dan lengkap dengan pelbagai kemudahan asas yang baik seperti parking, wifi dan beberapa kemudahan asas yang lain. Lagipun banyak hotel lain yang anda boleh dapatkan di sini. Pergi je ke laman seperti Trivago ini, kemudian search Kluang untuk dapatkan penjimatan atau deal terbaik hotel dari sana.

Ataupun anda boleh memilih hotel lain yang ada di SINI. Untuk pengetahuan, saya sentiasa gunakan Trivago.com untuk tempahan hotel kerana ianya lebih selamat dan meyakinkan. Satu lagi untuk elak pihak hotel terlepas pandang jika booking secara direct kerana tidak direkodkan dan lain-lain lagi. Jadi nasihat saya ketika melancong, gunakan khidmat laman seperti trivago.com dan yang seumpamanya. Nyatakan tarikh dan destinasi, Trivago akan filter siap-siap hotel terbaik di lokasi dan tarikh yang anda cari.

Tempat yang menarik di Kluang

Bagi yang sukakan aktiviti lasak seperti hiking dan mendaki gunung ini, salah satu tempat yang menarik untuk melakukan aktiviti ini adalah di sini. Ianya merupakan 2 gunung yang sering menjadi pilihan untuk aktiviti hiking di Johor ini.

Gunung Lambak

Gunung Lambak terletak hanya 10KM dari bandar Kluang dan jika anda ingin akses ke sini, anda perlulah menggunakan teksi ataupun menggunakan kenderaan sendiri. Kami menggalakkan anda menggunakan kenderaan sendiri untuk ke sini. Dari segi pendakian pula, Gunung Lambak memerlukan anda mendaki selama 3 jam untuk naik dan turun. Anda boleh mendaki secara santai di sini. Jika anda datang pada hari cuti, memang banyak kereta ke sini.

Jika anda ke sini, pastikan anda mempunyai peralatan yang sesuai terutama kasut hiking. Kalau tak ada tu bolehlah dapatkan satu ye. Boleh tengok peralatan hiking di SINI.

Gunung Berlumut

Satu lagi tempat yang menarik yang ada di daerah ini adalah Gunung Bermulut. Ia terletak lebih kurang 30KM dari bandar Kluang. Berbeza dengan Gunung Lambak, Gunung Berlumut ini agak mencabar dan memerlukan ketahanan fizikal dan mental. Anda memerlukan 4 jam untuk mendaki dan 3 jam untuk turun. Lagi, anda perlukan permit dan perlu mendaftar dengan pihak pengurusan Gunung Berlumut sebelum memulakan pendakian.

Bagi sesiapa yang nak mendaki, perlulah mendapatkan kebenaran dan membuat bayaran permit di Pejabat Hutan Daerah Johor Tengah. Boleh hubungi Unit Hutan Lipur di talian 07-2667433 untuk maklumat lanjut.

Kawasan Gunung Berlumut ini lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti tandas awam, chalet dan lain-lain lagi.

  • Terletak di Kluang, Johor
  • Ketinggian 1,010 meter dari aras laut (3,314 ft)
  • Jauh 6km
  • Mempunyai 4 checkpoint (CP) untuk hiking.

Kluang Railway Coffee

Antara yang paling kami rekemen dan tarikan unik di sini adalah tempat makan iaitu Kluang Railway Coffee ini. Tempat ini terkenal sebagai satu tempat makan unik di daerah ini dan antara tarikan makanan yang ada di sini. Ianya sentiasa penuh disebabkan oleh keenakan menu dan selain itu juga, tempat ini memang popular dan terbaik.

Cadangan saya, tinggal di bandar ini, hari pertama ke Gunung Lambak, hari kedua ke Gunung Berlumut untuk pendakian.

Ada banyak lagi sebenarnya tempat yang menarik di sini dan hotel yang berdekatan dengan kesemua tempat-tempat menarik ini. Apapun, jangan lepaskan peluang untuk melancong ke Johor dan semestinya Kluang, Johor adalah destinasi yang baik untuk anda pergi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *