Top 10 Hotel Bajet di Johor Bahru bawah RM200

Kali ini saya nak berikan review berkenaan dengan hotel bajet di Johor Bahru. Sebenarnya banyak hotel yang ada di Johor Bahru kerana Johor Bahru adalah satu kawasan yang agak luas, juga memang terdapat banyak hotel di sini. Jadi, pada kali ini, saya nak review untuk 2 hotel bajet yang ada di Johor Bahru. Hotel bajet yang akan saya review adalah hotel di Johor Bahru di bawah harga RM200.

Banyak pilihan yang ada, jika anda ingin ke Johor Bahru sama ada bercuti, dipanggil interview, outstation atau apa sahaja tujuan anda datang ke Johor Bahru, perkara pertama yang anda harus fikirkan adalah penginapan di Johor Bahru.

Penginapan Murah di Johor Bahru

Ada yang cari penginapan dengan harga bajet, ada juga yang cari penginapan dengan harga premium, apapun saya nak berikan review berdasarkan kepada pengalaman saya berada di Johor Bahru.

Top 10 Senarai Hotel di Johor Bahru

Kalau anda mencari hotel murah, saya rekemen anda untuk lihat top 10 Senarai Hotel Murah di Johor Bahru ini. Kebanyakan hotel-hotel ini terletak berhampiran dengan beberapa tempat menarik di Johor Bahru. Pastinya jika anda inginkan penjimatan hebat, Trivago telah tapis siap-siap senarai hotel yang mempunyai penjimatan yang hebat dan terbaik. Secara keseluruhan, saya sangat rekemen anda menggunakan khidmat trivago dalam membuat sebarang termpahan hotel kerana ianya adalah antara laman yang menyediakan pilihan hotel terbaik. Nyatakan tarikh dan destinasi, Trivago akan filter siap-siap hotel terbaik di lokasi dan tarikh yang anda cari.

Satu lagi hotel adalah M Suites Hotel, terletak berhampiran Dangan Bay dan lain-lain tempat menarik di Johor Bahru. Anda mudah untuk ke Nusajaya seperti Legoland, Hello Kitty World dan lain-lain daripada hotel ini. Antara kemudahan hotel adalah swimming pool dan lain-lain kemudahan. Jadi kalau anda ingin ke JB, silalah ke sini, Hotel ini adalah antara hotel bajet di Johor Bahru di bawah RM200 untuk keluarga lengkap dengan facilities yang baik.

**Penting untuk anda membuat booking dengan laman seperti trivago.com kerana kadangkala booking anda tidak direkodkan. Jika anda membuat booking dengan laman seperti trivago, sekurang-kurangnya anda mempunyai bukti yang booking anda telah di buat dan ada bukti ‘hitam putih’ berkenaan dengan booking anda.

Tempat menarik di Johor Bahru

Ada beberapa tempat menarik di JB jika anda datang ke sini, atau sudah berada di JB tapi masih belum pergi ke tempat-tempat ini. Jika anda berpeluang pergi atau singgah di JB, digalakkan untuk pergi ke tempat-tempat ini.

Zoo Johor

Zoo Johor terletak berhampiran dengan Masjid Abu Bakar di jalan Gertak Merah. Zoo ini merupakan zoo tertua di Malaysia dan hampir 100 lebih speasis haiwan di dalam zoo ini. Jika anda berada di Johor Bahru, jom singgah zoo ini.

Masjid Sultan Abu Bakar

masjid sultan abu bakar jb

Pun terletak tidak jauh daripada Zoo Johor, merupakan satu daya tarikan kerana masjidnya yang tua dan bersejarah. Masjid Sultan Abu Bakar memang unik dan jika anda berkunjung ke Johor Bahru, silalah melawat Masjid ini.

Danga Bay

Tempat yang popular satu ketika dahulu, kerana ramai yang datang ke sini untuk bersantai-santai. Tetapi apakan daya, masa telah berubah, Danga Bay dijadikan tempat untuk membina apartment mewah sekarang ini, setakat artikel ini ditulis, ada beberapa apartment mewah yang masih dalam pembinaan. Apapun masih ada beberapa tempat untuk berjalan dan bersantai di Danga Bay ini.

Plaza Angsana, Johor Bahru

Merupakan satu Plaza yang sentiasa hidup dan sentiasa dikunjungi. Daripada zaman saya sekolah rendah, sehinggalah berkeluarga sekarang, plaza ini saya sentiasa kunjungi dan merupakan satu daya tarikan jika anda ke Johor Bahru. Memang WOW. Plaza ini unik kerana banyak barangan di sini adalah untuk barangan berbentuk keluarga, seperti baju, dan lain-lain lagi. Jika anda berkesempatan, datang la ke Plaza Angsana ini.

City Square, Johor Bahru

Jujurnya lebih suka dengan Plaza Angsana banding dengan City Square ini. City Square lebih kepada mereka yang meminati fesyen moden dan yang tak berapa menarik di City Square ini, parking agak mahal. Warga Singapura banyak yang ada di sini dan menjadi daya tarikan kepada mereka untuk membeli belah.

Galeri Glulam

Jika anda peminat seni, dan ingin melihat seni yang menarik, Galeri Glulam ini adalah salah satu tempat yang saya cadangkan anda pergi. Terletak di Johor Bahru dan ia telah mendapat pengiktirafan The Malaysian Book of Records kerana menjadi bangunan pertama Iconic Team Building berbentuk separa payung.

Banyak lagi tempat yang menarik di Johor Bahru, jika anda ke sini, bolehlah tempah hotel yang berhampiran atau berdekatan untuk memudahkan anda pergi ke semua tempat-tempat menarik ini. Saya cadangkan M Suites Hotel INI kerana harga yang mampu milik (Bawah RM200) dan lokasi agak strategik dengan semua tempat yang saya cadangkan ini.

Cukuplah setakat ini hotel bajet yang ada di Johor Bahru, jika anda ada hotel lain yang bagus, boleh berikan info diruangan komen agar pengunjung dapat info berkenaan dengan hotel anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *