Testimoni Percutian Bajet Felda Residence Tanjung Leman

Sedikit pengalaman perkongsian kami bercuti ke Felda Residence Tanjung Leman. Memang tidak dinafikan yang Felda Residence ini merupakan satu destinasi percutian yang menarik untuk bercuti di Johor. Harga bilik di sini juga boleh dikatakan tidak terlalu mahal dan boleh dikategorikan sebagai satu penginapan yang mampu milik.

felda residence tanjung leman

Akses ke Hotel Felda Residence Ini

Hotel ataupun resort ini berada di Felda Tenggaroh, pedalaman Mersing. Ianya tidak lain, merupakan satu tempat percutian kerana lokasinya berada di kawasan pedalaman. Selain itu, Felda Residence ini juga sering dijadikan tempat untuk aktiviti team building di Johor dan setiap kali saya pergi ke sini, pasti ada ramai yang melakukan aktiviti team building di sini.

Apapun, cara nak akses ke sini tidak lain gunakanlah applikasi waze ye. Kan sekarang ramai yang ada smartphone dan coverage data pun tidak kurang hebatnya. :p

Penginapan di Felda Residence

Di sini terdapat pelbagai jenis bilik yang ditawarkan daripada standard room, hinggalah ke premium dengan harga yang berbeza-beza. Apapun boleh ke SINI untuk TEMPAHAN BILIK. Nyatakan tarikh dan destinasi, Trivago akan filter siap-siap hotel terbaik di lokasi dan tarikh yang anda cari.

**Sentiasa gunakan laman seperti trivago.com untuk tempahan kerana serignkali Booking secara terus kadangkala menyebabkan booking tidak direkodkan, tentu menyedihkan dan saya tidak mahu anda mendapat nasib yang sama. Jadi laman seperti trivago adalah lebih meyakinkan kerana ada bukti “hitam putih” di sini.

Aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di Felda Residence ini

Aktiviti di tepi pantai

Jika anda ke sini, banyak aktiviti yang anda boleh lakukan terutama apabila di sini berada di tepi pantai. Jalan-jalan di pantai, bermain air malahan memancing di tepi pantai jika anda memang hebat dalam memancing. Untuk anak-anak, anda boleh bermain layang-layang di tepi pantai ini kerana angin yang kuat membolehkan anda bermain dengan sepuasnya. Untuk beli Layang-layang boleh lihat SINI. Jika anda ingin memancing, boleh lihat SINI.

Tempat memancing yang popular di sekitar Tanjung Leman ini adalah di Tanjung Sedili. Boleh ke sini untuk kaki-kaki pancing. Kebanyakan kaki pancing memang menginap di hotel ini untuk ke Tanjung Sedili.

Kanak-kanak sekarang ini disebabkan ramai yang duduk di bandar, tidak pernah tengok layang-layang, memang kalau ke pantai ini, inilah masanya untuk bermain layang-layang di tepi pantai.
Mandi manda di Swimming Pool

Kalau anda tak mahu mandi di tepi pantai, masih ada swimming pool. Pasti lebih puas mandi di swimming pool ini kalau tak nak mandi di tepi pantai. Bagi yang berkeluarga tu, bolehlah rilekskan minda mandi di swimming pool yang pastinya banyak aktiviti dapat dilakukan di sini.

Sebenarnya banyak lagi aktiviti seperti wall climbing dan lain-lain yang ada di sini. Apapun anda boleh tanya pihak pengurusan hotel ketika di sana nanti. Memang ada tema building activiti di sini.

Anda juga boleh melakukan aktiviti snowkerling dengan pergi ke Jeti Tanjung Leman. Juga anda boleh ke Pulau Sibu dengan menaiki feri yang terletak di Jeti tersebut. Jarak Jeti ini memang tak jauh dengan resort ini. Berbaloi kalau nak ke sana nanti. Kalau nak enjoy lebih, boleh pergi ke Jeti dan tanya tentang pakej snowkerling dan island hopping di sana nanti. Pasti menarik.

Jika anda mencari pantai yang menarik di Johor dan sekaligus percutian pantai di Johor. Felda Residence ini adalah yang terbaik sekali siap dengan pakej snowkerling dan tempat pun menarik dan cantik. Jauh dari hingar-bingar kota. Memang satu destinasi percutian yang menarik dan terbaik.

Sekian untuk kali ini, jika ada cadangan dan penambahbaikan, boleh berikan di ruangan komen di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *