Review Percutian ke Desaru Tunamays Beach & SPA Resort

Artikel pada kali ini adalah berkenaan dengan review percutian ke Desaru Tunamaya Beach & SPA Resort. Kalau nak ikutkan, Desaru menjadi daya tarikan pelancong dan menjadi semakin rancak setelah pembukaan Senai – Desaru Highway. Lagi, Pengerang yang murupakan hub baru Oil & Gas menjadikan Desaru sebagai satu destinasi yang bagus untuk melancong dan bercuti. Dalam banyak-banyak hotel di Desaru, Tunamaya Beach & Spa resort adalah hotel termurah di Desaru dan apa yang ada di sana memang ternyata menarik.

pantai port dickson

Rancang perjalanan, book hotel murah di Desaru Tunamaya Beach & SPA di Trivago

Perkara pertama yang kami lakukan adalah booking hotel di Trivago. Saya lebih prefer untuk membuat tempahan di Trivago berbanding di laman hotel sendiri kerana lebih dipercayai. Lagi satu, memang saya lebih gemar menggunakan Trivago dan sentiasa menjadikan Trivago sebagai laman booking pilihan saya. Saya rekemen anda untuk ke laman Trivago INI untuk membuat tempahan.

Apa yang ada di Tunamaya yang merupakan pakej percutian murah di Desaru

Setelah melihat harga hotel yang ada di sekitar Desaru, memang tidak dinafikan yang Tunamaya Beach & Spa Resort adalah antara yang termurah. Tempahan kami untuk 2 katil single hanya RM266. Taklah murah sangat? Cuba bandingkan dengan harga hotel lain di Desaru. Apa yang menarik di Tunamaya Beach & Spa Resort adalah pemandangan setiap bilik memang mengadap pantai.

Masuk je dalam bilik, terus nampak pantai, memanglah view yang menarik di Tunamaya Beach & SPA Resort ini. Saya pun pernah bercuti di Felda Residence Tanjung Leman ini, tetapi bilik di sana tidaklah mengadap pantai. Kalau nak ikutkan, inilah antara percutian yang berbaloi di sini.

desaru-tunama-beach-spa-view

Apa lagi yang menarik adalah, di sini juga ada swimming pool sendiri. Kalau tak nak mandi pantai tu, boleh je berenang-renang di swimming pool ini. Swimming pool ini tidak strict, maksudnya tidaklah kena pakai baju renang, pakai baju biasa pun tak ada masalah. Memang suka swimming pool yang diberikan ini. Satu lagi, tempat kanak-kanak dan orang dewasa pun ada di swimming pool ini. Jadi, kanak-kanak ada kolam yang tersendiri dan ianya memang memudahkan terutama yang ada anak kecil..

desaru-tunamaya-beach-spa-swimming-pool

Lagi, pantai di sini pun bersih. Pantai di Tunamaya ini tidaklah sesak kerana memang dikhususkan untuk pengunjung Tunamaya sahaja. Private Beach la katakan. Kalau nak dibandingkan dengan public beach di Desaru ni, memanglah sesak dan terlalu ramai orang. Kalau nak rasa suasana pantai, memanglah di sini tempat yang terbaik untuk anda pergi.

Tempat makan di SINI

Tempat makan ni pun penting, kalau nak ikutkan, saya tak rekemen anda makan malam di hotel kerana harganya yang…. MAHAL! Cuba bayangkan, air softdrink Pepsi pun RM13. Belum lagi makanan di sana, memanglah tak terfikirkan harganya. Tetapi, tak jauh daripada hotel, memang banyak kedai makan. Ada KFC, dan kedai makan lainnya seperti Tom Yam, dan banyak lagi. Saya lagi rekemen untuk anda makan di sekitar sini. Lebih murah dan menjimatkan.

Kalau nak makan di Desaru ini, memanglah tak perlu risau sebab memang banyak pilihan yang ada di sini untuk anda makan. Memang terbaik, lagipin, memang bandar ini sedang membangun dan banyak kedai-kedai yang baru dibuka. Percutian anda pastinya menarik.

Percutian ke Desaru – Biarlah Berbaloi

Kalau anda nak bercuti ke Desaru, bagi saya biarlah berbaloi dengan harga. Kalau nak berbaloi dengan harga dan pakej yang ditawarkan, memanglah saya rekemen Tunamaya Beach & Spa resort ini. Boleh terus buat tempahan di Trivago SINI.

Saya tak mahu cakap banyak, inilah antara percutian yang menarik yang saya pernah pergi. Memang tak boleh lawan view pantai dari hotel. Kalau anda tak percaya, boleh pergi sendiri dan alami sendiri keunikan dan kecantikan pantai Desaru di Tunamaya Beach & Spa Resort ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *