Desaru Chalet & Resort Murah Bawah RM200

Desaru di Johor merupakan satu destinasi percutian yang menarik, dan kali ini saya nak berikan review berkenaan dengan Desaru chalet dan resort yang murah di sana. Desaru merupakan satu tempat perlancongan yang popular di Johor dan kini semakin popular di Malaysia. Jika anda ingin mencari destinasi percutian tepi pantai, chalet yang terdapat di sini dan satu lagi Felda Residence Tanjung leman adalah antara pilihan yang terbaik untuk anda.

Alang-alang dah sampai di tempat perlancungan unik dan menarik ini, jom lihat apa yang menarik di Johor. Johor mempunyai banyak tarikan semulajadi dan memang antara pilihan untuk melancong yang terdiri daripada palancong dalam dan luar negara. Memang terbaik.

Akses

Akses ke Desaru menjadi semakin mudah dengan terbinanya Senai – Desaru highway. Perjalanan yang dulunya mengambil masa 2 jam 30 minit dari Johor Bahru ke sini, kini menjadi hanya 45 mini dengan adanya lebuh raya ini. Disebabkan oleh itu, ianya menjadi semakin popular sebagai satu destinasi perlancongan.

Jika anda ke sini, saya galakkan anda untuk gunakan sahaja aplikasi Waze di smartphone anda untuk akses ke sini. Terus sampai di depan pintu hotel dan terus parking. Pastikan anda melalui lebihraya untuk tiba di hotel kerana jika tidak, perjalanan akan mengambil masa lebih panjang.

Apapun, Desaru terletak di hujung lebuhraya dan akses ke sini dari lebuhraya pun tidak terlalu jauh.

Penginapan

Memang banyak chalet dan resort yang ada di sini. Anda boleh pilih yang mana paling bagus dan memberikan harga yang terbaik bergantung kepada bajet anda. Apapun saya nak cadangkan Lotus Desaru ini. Overall Lotus Desaru ini merupakan hotel yang baik yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti parking, internet yang baik dan lain-lain lagi. Kedudukan hotel ini betul-betul di tepi pantai memang menjanjijan pemandangan yang baik dan menarik. Jika anda tak nak mandi di tepi pantai, boleh juga ke kolam renang atau swimming pool. Apapun memang saya rekemen hotel ini. KLIK SINI untuk melihat harga terkini Hotel daripada laman Trivago . Nyatakan tarikh dan destinasi, Trivago akan filter siap-siap hotel terbaik di lokasi dan tarikh yang anda cari.

lotus desaru

Jika tak sesuai dengan anda, anda boleh cari hotel lain atau chalet lain. Memang chalet yang ada di sini adalah antara pilihan yang murah dan berbaloi, sesuai dengan keperluan dan bajet percutian anda. Apapun, anda boleh cari hotel atau resort lain di  Laman SINI.

Apapun boleh layan video bawah ini untuk info lebih lanjut

**Penting untuk anda membuat booking dengan laman seperti Trivago.com kerana kadangkala booking anda tidak direkodkan. Jika anda membuat booking dengan laman seperti Trivago, sekurang-kurangnya anda mempunyai bukti yang booking anda telah di buat dan ada bukti ‘hitam putih’ berkenaan dengan booking anda.

Terbaru, boleh lihat review percutian kami ke Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort. Percutian yang berbaloi dengan harga yang sangat-sangat berpatutan. Saya rekemen anda baca artikel saya itu.

Aktiviti menarik di chalet dan resort murah yang terdapat di sini

Disebabkan adanya pantai, memang aktiviti di sini adalah aktiviti pantai. Berkelah, picnic dan lain-lain lagi aktiviti yang anda boleh lakukan di sini. Untuk anak-anak pastinya pantai dan air adalah perkara yang asing bagi mereka terutama yang duduk di bandar. Jadi tempat ini memberikan satu pengalaman percutian yang bermakna.

Bermain layang-layang

Alang-alang dah ke pantai, bagi saya rugi kalau tak main layang-layang. Di sini, setakat pengalaman saya, tiada yang menjual layang-layang. Apapun anda boleh Beli Layang-layang Di SINI. Anak-anak sekarang ini mungkin tidak tahu dan hanya melihat di TV akan layang-layang. Jadi percutian di pantai ini adalah masa yang sesuai membiarkan anak-anak anda bermain layang-layang.

Memancing

Antara aktiviti lain adalah memancing ikan. Saya tidak pakar dalam bab memancing ini, tetapi anda boleh tanya dengan pekerja hotel port mana yang baik untuk memancing. Apapun, kalau anda nak memancing di sini, boleh tengok SINI untuk peralatan memancing.

Begitulah serba sedikit percutian yang menarik di Desaru. Jika anda inginkan alternatif lain, percutian di pantai, salah satunya adalah di Felda Residence Tanjung Leman. Boleh baca review saya berkenaan dengan Felda Residence Tanjung Leman di SINI.

Akses ke Tanjung Leman ini agak jauh sikit, kalau anda inginkan percutian pantai dengan akses mudah, percutian ke Desaru adalah yang terbaik setakat ini di Johor. Sekian.

3 Comments


  1. // Reply

    Bilik utk hujing bulan ni ada tak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *