Mersing Chalet dan Resort Murah Bawah RM150

Kali ini saya nak berikan review berkenaan dengan Mersing Chalet dan Resort murah di Mersing, Johor. Mersing memang terkenal dengan keindahan pantai yang memukau dan sering di ketahui oleh orang Johor, Mersing merupakan satu destinasi perkampungan nelayan yang menarik dan di antara tempat yang menarik yang anda boleh pergi di Johor.

Mersing adalah satu destinasi pantai yang menarik di Johor dan yang menarik di sini adalah makanan. Ya, anda boleh dapatkan keropok lekor Mersing yang unik walaupun tak sesedap keropok Lekor Terengganu, tetapi bolehlah untuk anda cuba. Pantainya yang bersih dan unik memang sesuai untuk destinasi percutian bersama keluarga yang unik.

mersing

Memang tidak salah yang mersing merupakan salah satu destinasi tempat perlancongan yang menarik di negeri Johor kerana keindahan pantainya yang memukau. Antara pantai-pantai yang terkenal adalah pantai air papan dan lain-lain lagi.

Mersing juga terkenal dengan beberapa pulau yang menarik yang semamangya cantik. Tetapi pulau-pulau ini tidaklah sepopular pulau-pulau yang memang dah komersial seperti Pulau Tioman, Pulau Kapas ataupun Pulau Perhentian, tetapi tidak dinafikan yang Mersing memang satu destinasi yang baik dan bagus untuk dikunjungi. Antara pulau-pulau yang cantik yang berada di Mersing adalah pulau Sibu, Pulau Babi Besar dan lain-lain lagi.

Penginapan di Mersing

Jika anda ke Bandar Mersing, saya galakkan anda ke Hotel Riverside kerana hotel ini merupakan antara hotel di Mersing yang murah dan berkualiti. Sesuai untuk mereka yang mencari hotel bajet di Mersing. Hotel ini juga boleh menjadi tempat persinggahan anda sebelum ke Pulau Tioman, kerana salah satu cara untuk ke Pulau Tioman adalah dengan menaiki feri dari Mersing. Apapun, boleh KLIK SINI untuk harga terkini hotel. Lokasi jeti untuk ke Pulau Tioman ini memang terletak di Bandar Mersing dan tidak jauh daripada stesyen bas Mersing. Ya, hotel yang saya rekemen di atas memang berada di Bandar Mersing dan sangat dekat dengan jeti untuk ke Pulau Tioman.Nyatakan tarikh dan destinasi, Trivago akan filter siap-siap hotel terbaik di lokasi dan tarikh yang anda cari.

Kalau anda mencari hotel di tengah bandar, saya galakkan untuk anda tengok hotel INI. Murah dan berpatutan, rating daripada Trivago pun bagus.

Jika anda inginkan percutian pantai yang menarik di Mersing, Johor, saya galakkan anda pergi ke Felda Residence Tanjung Leman. Felda Residence ini masih terletak di dalam daerah Mersing dan menawarkan harga mampu milik kepada pengunjung. Boleh LIHAT SINI untuk harga terkini hotel Felda Residence.

Felda Residence ini Hotel atau Chalet ataupun resort?

Bagi saya, Felda Residence ini merupakan satu hotel, tetapi boleh juga menjadi chalet ataupun resort. Bagi saya, ianya merupakan satu Mersing Chalet ataupun Mersing Resort yang terbaik yang ada di Mersing dengan harga berpatutan.

Apa yang menarik di Felda Residence ini?

Felda Residence Tanjung Leman ini terletak di tepi pantai, memang tak ada masalah untuk anda mandi pantai di sini kerana pantai di sini berpasir bukan berbatu. Juga, ada swimming pool kalau rasa tak seronok untuk mandi Pantai. Juga kemudahan-kemudahan lain seperti bola tampat pantai dan lain-lain lagi. Tempat ini juga menjadi tempat yang sering digunakan untuk aktiviti team building kerana banyak permainan yang ada di sini. Menarik memang menarik. Apapun saya akan review Felda Residence Tanjung Leman ini nanti.

Jika anda ke sini, bolehlah beli layang-layang siap-siap di SINI untuk anak-anak bermain dengan riang gembira, di sana tiada layang-layang.

Kalau terfikir nak memancing tu, boleh lihat SINI untuk peralatan menacing.

Apapun layan lagu kebudayaan Mersing yang popular iaitu Seri Mersing ini.

Begitulah serba sedikit review saya berkenaan dengan Mersing Chalet dan Resort murah dan berbaloi di Mersing. Jika anda inginkan percutian tepi pantai di Johor, Felda Residence adalah yang terbaik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *