12 Tempat Menarik di Johor Untuk Dilawati

Kali ini saya nak berikan review berkenaan dengan tempat menarik di Johor untuk dilawati. Selain terkenal dengan tempat yang memberikan banyak peluang pekerjaan, juga ada beberapa tarikan menarik yang merupakan satu tarikan di sini. Banyak sebenarnya destinasi terbaik yang ada, antaranya adalah

Tempat menarik dan destinasi percutian di JB

Apa yang menarik? JB merupakan satu tempat yang popular kerana kemajuan dan peluang pekerjaan yang ditawarkan. Disebalik itu juga, ada beberapa destinasi terbaik di sini yang anda patut tahu.

Penginapan di Johor

Kalau anda ingin bercuti ke sini, saya cadangkan untuk anda mencari penginapan siap-siap. Ada banyak hotel menarik yang anda boleh pilih. Saya cadangkan untuk anda gunakan khidmat Trivago, antara pilihan hotel terbaik yang ada di negeri ini. Rancang perjalanan anda dari awal. Nyatakan tarikh dan destinasi, Trivago akan filter siap-siap hotel terbaik di lokasi dan tarikh yang anda cari. Boleh lihat senarai hotel di Johor di SINI.

Jika anda berkunjung ke JB, saya cadangkan anda pergi ke;

Zoo 

Zoo Johor terletak berhampiran dengan Masjid Abu Bakar di jalan Gertak Merah. Zoo ini merupakan zoo tertua di Malaysia dan hampir 100 lebih speasis haiwan di dalam zoo ini. Jika anda berada di JB, jom singgah zoo ini.

Masjid Sultan Abu Bakar

masjid sultan abu bakar jb

Pun terletak tidak jauh daripada Zoo, merupakan satu daya tarikan kerana masjidnya yang tua dan bersejarah. Masjid Sultan Abu Bakar memang unik dan jika anda berkunjung ke JB, silalah melawat Masjid ini.

Danga Bay

Tempat yang popular satu ketika dahulu, kerana ramai yang datang ke sini untuk bersantai-santai. Tetapi apakan daya, masa telah berubah, Danga Bay dijadikan tempat untuk membina apartment mewah sekarang ini, setakat artikel ini ditulis, ada beberapa apartment mewah yang masih dalam pembinaan. Apapun masih ada beberapa tempat untuk berjalan dan bersantai di Danga Bay ini.

Plaza Angsana

Merupakan satu Plaza yang sentiasa hidup dan sentiasa dikunjungi. Daripada zaman saya sekolah rendah, sehinggalah berkeluarga sekarang, plaza ini saya sentiasa kunjungi dan merupakan satu daya tarikan jika anda ke sini. Memang WOW. Plaza ini unik kerana banyak barangan di sini adalah untuk barangan berbentuk keluarga, seperti baju, dan lain-lain lagi. Jika anda berkesempatan, datang la ke Plaza Angsana ini.

City Square

Jujurnya lebih suka dengan Plaza Angsana banding dengan City Square ini. City Square lebih kepada mereka yang meminati fesyen moden dan yang tak berapa menarik di City Square ini, parking agak mahal. Warga Singapura banyak yang ada di sini dan menjadi daya tarikan kepada mereka untuk membeli belah.

Galeri Glulam

Jika anda peminat seni, dan ingin melihat seni yang menarik, Galeri Glulam ini adalah salah satu tempat yang saya cadangkan anda pergi. Terletak di JB dan ia telah mendapat pengiktirafan The Malaysian Book of Records kerana menjadi bangunan pertama Iconic Team Building berbentuk separa payung.

Banyak lagi tempat yang menarik di JB, jika anda ke sini, bolehlah tempah hotel yang berhampiran atau berdekatan untuk memudahkan anda pergi ke semua tempat yang kami cadangkan ini.

Plan percutian ke Johor

Jika anda ingin atau bercuti di sini, penginapan adalah perkara yang amat penting. Saya sarankan anda menggunakan khidmat Laman Trivago.COM SINI untuk melakukan tempahan dan booking. Trivago sentiasa menjadi pilihan saya untuk booking hotel. Saya tidak galakkan anda melakukan booking secara terus kerana pernah terjadi, booking tidak direkodkan, saya tahu, pasti anda tidak ingin perkara yang sama terjadi kepada anda bukan? Jadi, untuk booking hotel, gunakan Trivago atau laman yang seumpamanya.

Nusajaya

Merupakan satu destinasi percutian yang menarik dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Di Nusajaya banyak tarikan untuk dilawati antaranya;

Legoland Malaysia Resort

Tempat percutian yang popular terutama untuk anak-anak. Di sini banyak mainan seperti taman tema air dan lain-lain lagi. Sesuai untuk kanak-kanak yang berumur atas 3 tahun.

Puteri Harbour Indoor Theme Park

Puteri Harbour Indoor Theme Park terletak bersebelahan dengan Legoland. Merupakan taman tema indoor untuk kanak-kanak yang terdiri daripada 3 tarikan utama iaitu The Little Big Clud, Sanrio Hello Kitty Town, restoren bertema kanak-kanak Let’s Place. Jika anda berada di Legoland, ambil masa untuk pergi ke tempat ini.

Johor Premium Outlet (JPO)

Salah satu tempat yang pada kami wajib dilawati adalah JPO. Tempat yang bagus untuk anda pergi terutama jika anda inginkan butik pakaian terkini pada harga yang berbaloi. Ianya juga adalah antara tarikan di negeri ini dan yang menariknya adalah, JPO semakin mendapat sambutan dan semakin ramai yang mengunjungi JPO saban hari. Kalau anda ke sini, jangan lupa untuk singgah di JPO ye.

Hello Kitty Town

Terletak tidak jauh dari Legoland dan merupakan salah satu daya tarikan yang popular di sini. Apapun, jika anda singgah atau bercuti ke Legoland, bolehlah ke sini dan alami sendiri suasana Hello Kitty World.

Antara daya tarikan pusat membeli belah lain adalah JPO. Merupakan satu-satunya premium outlet yang ada di Malaysia juga kepada sesiapa yang inginkan baju berjenama terkini, boleh dapatkan di sini. Terlalu banyak pilihan baju berjenama di sini, apapun kalau anda datang ke sini, rugilah kalau tak singgah di sini.

Pusat Peranginan

Antara keunikan lain di Johor adalah pusat peranginan yang berada di sini. Salah satu pusat peranginan yang terkenal adalah Pusat Peranginan Desaru yang memang merupakan satu tempat yang sering dikunjungi dan mendapat tempat oleh orang tempatan dan warga luar. Desaru semakin popular sejak adanya Lebuh Raya Senai Desaru dan semakin mudah untuk di akses ke Desaru. Merupakan salah satu tempat bercuti yang menarik bagi warga Johor. Jika berkesempatan, bolehlah ke sana untuk bercuti.

Antara pusat peranginan lain adalah di Mersing. Selain mempunyai banyak pulau, pusat peranginan di sini juga memang menarik. Antara tempat popular adalah Felda Residence Mersing, Pulau-pulau di sekitar Mersing dan macam-macam lagi tempat popular lain.

Air Terjun

Antara air terjun popular adalah di Gunung Pulai. Selain air terjun, terdapat juga track untuk aktiviti jungle tracking di Gunung Pulai ini.

Air Terjun Kota TInggi juga tidak asing bagi warga tempatan. Kepada yang berada di kota tinggi tu, Air Terjun Kota tinggi adalah satu tempat yang menarik di Kota TInggi dan digalakkan untuk anda ke sana dan singgah bersantai di Air Terjun tersebut.

Air Terjun Bekok pun tidak kurang hebantnya dan merupakan satu destinasi yang agak popular. Jika berkesempatan, bolehlah pergi ke sini.

Sebenarnya ada banyak lagi tarikan unik di Johor untuk dilawati, tetapi cukuplah setakat ini perkongsian saya, harap artikel ini dapat berikan idea kepada anda tentang destinasi percutian yang ada di negeri ini. Memang terbaik.

Hiking

Ada beberapa tempat hiking yang menarik di sini yang pastinya membuatkan penggemar hiking teruja. Jika anda peminat hiking, anda boleh ke Gunung Pulai [Klik untuk artikel penuh] dan satu lagi anda boleh ke Kluang iaitu di Gunung Lambak dan Gunung Berlumut. Pastinya membuatkan anda teruja nanti dengan pengalaman hiking yang menarik.

Artikel berkaitan;

  1. Hotel Bajet di JB
  2. Hotel Bajet di Skudai
  3. Senarai Hotel Murah Batu Pahat

4 Comments


    1. // Reply

      JPO memang salah satu destinasi yang menarik kat Johor ni. Terbaik


  1. // Reply

    Terima kasih atas info. Kalau selalu travel menggunakan bas atau KTM/ETS, boleh cuba tempah tiket awal dengan mudah di http://www.malaysiabus.com. Ada pelbagai jenis bas dan meliputi banyak laluan serata Malaysia.


    1. // Reply

      Menarik, bolehlah cuba kepada pengunjung asukavi.vom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *