Pilihan Hotel di Kangar, Perlis

Perlis merupakan satu negeri yang unik yang berada di bahagian utara Malaysia. Negeri ini kecil tetapi mempunyai tarikan yang tersendiri kerana terletak di bahagian paling atas tanah air. Juga, kerana letakknya di sempadan antara Malaysia dan Thailand membolehkan banyak asimilasi budaya yang berlaku. Kalau anda ke sini, artike pada kali ini lebih memfokuskan kepada penginapan, iaitu hotel di Kangar, Perlis.

Dari segi tempat menarik yang boleh dikunjungi pun ada banyak. Kalau anda membaca artikel ini, tentu anda sedang dalam proses untuk survey pilihan hotel yang ada di Perlis kan? Kalau anda sedang dalam proses tersebut, berikut adalah antara beberapa pilihan yang anda boleh dapatkan.

Tips Memilih Penginapan Anda

Kami sering mengalakkan anda untuk merancang perjalanan anda. Terutama kalau anda nak pergi ke negeri Perlis ini. Apabila semuanya dalam rancangan anda, akan jadi mudahlah untuk anda melancong. Antara item penting yang anda patut fikirkan adalah untuk anda merancang penginapan anda.

Sekarang ini ada banyak jenis penginapan yang anda boleh dapatkan. Antaranya adalah homestay ataupun hotel. Diantara keduanya, memang mempunyai kebaikan dan keburukan, untuk itu, kami lebih menggalakkan untuk anda mendapatkan khidmat hotel berbanding dengan homestay. Apapun, kalau anda berminat untuk menginap di hotel, anda boleh dapatkan info lebih lanjut di laman Trivago.

>>KLIK Untuk Info Laman Trivago<<

Yang menarik berkenaan dengan Trivago ini adalah, ianya memberikan anda pilihan hotel yang terbaik berdasarkan kepada bajet dan destinasi anda. Dengan erti kata lain, ianya memberikan pilihan kepada anda untuk memilih penginapan yang telahpun difilter berdasarkan kepada deal-deal yang menarik antaranya adalah harga, rating, promosi dan lain-lain. Boleh tengok apa yang ditawarkan oleh penginapan ini dan lihat yang menarik dan terbaik terhadap pilihan yang ada.

Apa Yang Menarik di Kangar

Kangar memang menjanjikan satu destinasi yang menarik untuk anda pergi dan tuju. Antara yang menarik yang ada di sana adalah tempat makan yang ada. Berikut adalah antara senarai aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di Kangar.

#1 Cuba Nasi Ganja Repoh

Nama menu ini memang unik tetapi jangan risau, tiada ganja didalamnya. Barangkali pemilik kedai menamakan makanan ini atas faktor “merketing” untuk menarik orang ramai mencuba menu yang ada di sini. Nampak biasa-biasa tapi ramai yang datang ke sini untuk merasai menu yang ada di sini. Antara pilihan menu yang baik untuk anda cuba kalau anda ke sini.

Sudah cuba barulah anda betapa menariknya menu yang ada di sini.

#2 Restoren Anjung Keli

Ini adalah antara salah satu destinasi yang wajib anda boleh cuba kalau anda ke sini. Ianya memberikan banyak pilihan menu lauk-pauk kampung dan makanan tradisi yang sedap hingga menjilat jari kalau anda ke sini. Kalau anda peminat ikan sungai dan makanan yang berasaskan kepada ulam-ulaman, ini adalah tempat yang anda wajib pergi dan rasai keenakan makanan yang disediakan. Kedai ini memang terkenal dengan menu ikan keli yang diberikan dan khusus untuk anda yang tidak memakan ikan keli, jangan risau kerana ada banyak menu lain yang anda boleh cuba sendiri.

#3 Cuba Dapatkan Pulut Mangga

Perlis memang terkenal dengan makanan ataupun pelam harum manis. Ianya hanya ditanam di Perlis dengan kulinya yang diluar berwarna hijau dan yang didalam berwarna oren. Lagi sedap kalau dijadikan pulut mangga. Apa lagi kalau pulut mangga ini adalah dari jenis “harum manis”. Cuba sendiri barulah tahu sama ada berbaloi ataupun sebaliknya.

Inilah sedikit sebanyak aktivit yang anda boleh lakukan di Perlis. Jangan lupa untuk mendapatkan hotel yang anda mahukan sebagai penginapan. Lepas ada penginapan, barulah mudah perjalanan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *